Tuesday, February 22, 2011

Kesusahanku..kesusahanmu..


Beberapa hari ini aku terasa seperti ada satu keinginan luarbiasa untuk menulis mengenai kesusahan. Aku yakin setiap pada kita sudah setentunya melalui pelbagai kesusahan sepanjang hidup ini. Tiada manusia yg tak pernah bermasalah, hatta manusia yang hidup senang lenang juga punya kesusahan yang tersendiri. Yang kaya raya merasai kesusahan menjaga harta2nya. Yang papa kedana terfikir2 utk menjaga perutnya.

Setiap dari kita punya kesusahan tersendiri. Tidak kiralah kecil atau besar, ringan atau berat, panjang atau pendek. Perkataan kesusahan itu tidak akan berubah walau satu huruf dek kerana kondisi kesusahan itu. Kesusahan tetap juga akn dipanggil kesusahan. Kalo mahu diceritakan pasal kesusahan manusia nih, satu isi kandungan bumi pun tidak mampu menampung kesemua kesusahan itu. Dari persoalan peribadi, percintaan, kewangan, kesihatan, rumahtangga, pelajaran, masalah di tempat kije sampailah ke sekecil2 kesusahan spt bibir tumbuh ulser dan idung berair smggu xberhenti2...

Adatlah manusia ni, apabila ditimpa kesusahan..dunia ini dirasakan tidak bermakna lagi. Seolah2 'kesusahan akulah yang paling dahsattttt'
'tiada org yang pernah ditimpa kesusahan sebegini'
'tiada manusia yang dapat menanggung apa yang aku rasakan'
ironinya ada yang sehingga menyalahkan takdir dan menuding jari kepada Tuhan
kerana di uji sebegitu dahsaaaatttt...
Berbaloikah tuan2 dan puan2?...

Kawan2...
Ingatlah, hidup kita ini adalah hasil dari pelbagai cabang kesusahan..perjalanan satu langkah ke satu langkah lain adalah satu survival..meniti satu hari ke hari baru adalah bukti kejayaan kita melalui kesusahan2 yg diberikanNya, setiap hari2 yg kita lalui adalah satu kumpulan kesulitan..dan kesulitan2 itu punya kembarnya yakni 'jalan keluar'..itu telah dijanjikan Tuhan..
kesusahan adalah ujian..dan ujian itulah yg harus kita tempuhi...

Ingatlah..
'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya, Ia mendapat
pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.'
(Al-Baqarah : 286) .

Sebelum kita mengeluh dan menyesali nasib yg menimpa diri kita..beringatlah bahawa Tuhan lebih mengetahui bahawasanya kita berkemampuan utk menghadapi apa jua ujian yg telah dipilihNya utk kita..

Jikalau hari ini kita gagal bercinta..ingatlah Tuhan menyediakan yg lebih baik dari yg gagal itu..
Jikalau kita gagal peperiksaan..ingatlah Tuhan tahu kita mampu bangun kembali..
Jikalau kita ditimpa musibah sehingga miskin kedana.. ingatlah Tuhan tahu kita masih punya akal utk mencari sesuap nasi..
Jikalau kita sakit..Ingatlah Tuhan mahu kita beringat ketika kita sihat..

Tiada manusia yg tidak ditimpa kesusahan..
Bahkan semasa kita kecil, sebelum kita boleh merangkak, kita bersusahan meniarap guling bating..sebelum boleh berdiri, kita bersusahan jatuh tertonggeng..sebelum kita berlari, kita berjalan huyung hayang terlanggar dinding..

"Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan
tidak akan mengenal kemanisan"

MrWatever says: Usaha + Tawakal + Sabo=Dahsatttttttt..!!

1 comment: